Saya merupakan anak kedua daripada 3 adik beradik. Yang sulung, kakak. Yang bongsu, lelaki tapi telah meninggal pada 1998 pada usianya 15tahun. Sejak usia 10tahun, saya telah menanam hasrat untuk menjadi seorang jurutera seperti ayah (ayah seorang askar jurutera). Pernah tak anda terfikir atau rasa, kerja sebagai seorang jurutera sangat STYLE? Berpakaian kemas, berkasut boot, bertopi putih, membimbit gulungan lukisan, memastikan buruh binaan mengikut arahan anda, mesyuarat bersama orang-orang berjawatan tinggi dsb? Ya.. itu tanggapan saya DULU..
Selepas melibatkan diri dalam bidang pembinaan selama lebih 10tahun, saya merasakan, CUKUPLAH. Tak perlu diceritakan lebih mendalam pengalaman kerja saya sebagai jurutera. Bekerja dalam bidang pembinaan, melakukan aktiviti lasak, pastinya terdedah dengan cuaca dan pencemaran yang merosakkan kulit. Kini, saya ingin mengubah diri saya.
Seorang rakan menawarkan sampel produk Mary Kay percuma untuk dicuba di kala saya mencari-cari produk yang baik untuk saya. Dia juga turut berkongsi maklumat peluang kerjaya bersama Mary Kay. Pelan perniagaan yang nyata sangat berbeza dari mana-mana perniagaan yang saya dengar sebelum ini. Saya terfikir, tak salah mencuba.
Dengan modal yang sangat minima, secara rasminya saya menyertai Mary Kay sebagai Perunding Kecantikan Bebas (Independent Beauty Consultant) dan saya telah mempunyai perniagaan sendiri. Rasa hebatnya!
Saya telah menghadiri kursus ESRS selama 2 hari yang mana saya telah diajar berkenaan pelan perniagaan, bonus, peluang kenaikan pangkat dan pengetahuan tentang produk bagi membantu aktiviti promosi dan jualan.
*Tamat kurus ESRS di Mary Kay AutoCity Juru
Anda ingin mengenali saya? Jom kongsi pengalaman bersama saya.
Mary Kay Independent Beauty Consultant
Noorfauziah Rosli (083400my)
012-5354849 (call/sms/whatsapp)

No comments:
Post a Comment