Thursday, March 26, 2015

Nasi Kerabu tersedap kat Pandan Jaya

Nampak? Tajuk pun tersedap. Maksudnya paling sedap kat Pandan Jaya ni yang overallnya sangat susah nak dpt makan sedap kat KL ni kan? Iye ke idokk?? 

Ok. Berdasarkan sejarah, aku ni dah didedahkan dengan nasi kerabu ni dah lama. Dok Johor dulu di musim Pasar Ramadhan (PARAM) mmg berselerakla gerai2 jual nasi kaler biru. Urrgghh!! Apa ke pelik. Pehtu gaul dgn segala jenis benda. Budu lagi? Mmg ada satu persepsi negatif di situ. No offense ye warga Kelate. 

Sehinggalah!! 
Sehinggalah dapat mertua org Kelate. Berkunjung ke kelate dihidangkan dgn menu istimewa. Nak tolak, susah payah dia masak. Siap tunggu lagi anak menantu sampai nk makan sesama. Adik2 pun tunggu. (Terharu cheq tau..) Penuh meja dgn rampai dan lauk2. Bismillah..

Semua bahan dah terhidang dalam pinggan depan muka. Try ok? Try.. Jeling laki dah separuh dia bedal. Berselera sungguh ke lapaq gedik? Hmm aku pun cuit la lauk sikit2 mkn dgn nasi suap demi suap. Pehtu abah tegur "laa.. G makan mcm makan nasi campur biasa. Bukan macam tu la.. Nasi kerabu kena gaul semua.." - "OooOooOoo". Rasa mk masuk bawah meja pun ada. Xper, cover.. Cover.. Dengan budunya, ikan goreng tepungnya, solok ladanua, kopoknya.. Perghh!! Ada toge pun aku blasah. Sedap rupanyaaa!! Sampaikan nk pi Kelate siap order nasi kerabu tau! 

Itu sejarah perkenalan antara aku dan nasi kerabu. Mmg.. Aihh.. Xtau nk habaq laa.. 

Ok ni kat food court Pandan Jaya. Pagi2 kat gerai Nasi Ulam Tok Pa ada nasi kerabu, nasi kukus dgn nasi lemak. Favourite aku nasi kerabu la. Nisbah campuran tu mmg sesedap rasa. Secukup kenyang xyah lunch dah. Kalo ada yg nak try boleh la berkunjung. Recommended! 👍👍 baq hang!! Isnin-Sabtu ja ada. Ahad cuti. Tara hari berniaga tu angpa kena cepat pantas dan tuntas sbb geng2 Kelate ramai beli. Yang makan, tapau berbungkus2. Takut korang telan ayaq lioq ja tengok gambaq ni. Hahahah! Burrrppp!! Alhamdulillah.. 


No comments: