Friday, March 27, 2015

Penyakit Hati

Assalamualaikum..

Actually dah beberapa hari plan nak 'up' post ni
Dok bertangguh2 kengkonon nak susun ayat yang cantik

Then, bila ada kawan yang tanya, trus semangat nak post
Bukan sekadar nak buat nasihat kat orang

Peringatan untuk diri sendiri jugak
Yela.. Dalam proses memperbaiki diri kan
Sama2 nasihat menasihati dan memberi peringatan


PENYAKIT HATI

Bukan nak cerita penyakit hati hepatitis ke
Sorry bukan bidang saya. hehehe!
Beberapa hari lepas sy baca Menggilap Hati 1 Menggilap Hati 2 Menggilap Hati 3 yang dipetik daripada Rancangan Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Sharhan Mohd Safie. Banyak ilmu diperoleh dengan pembacaan. Blog tu pun dah sy 'bookmark'kan. Klik sini untuk blog yang sangat bermanfaat tu. 

Sy ringkaskan daripada pembacaan sy ikut pemahaman sy
Better explaination boleh refer link yg sy bagi tu


Penyakit hati ni ustaz bahagikan kepada 7
1. Keraguan dalam agama
    (mungkin kita rasa ini remeh, tapi sekecil2 keraguan boleh membawa kepada syirik yang mana kita tahu syirik adalah dosa besar. Nau'zubillah)

2. Perasaan sombong dan bongkak
    (sifat inilah yang membuatkan iblis akhirnya dikeluarkan daripada syurga kerana menganggap dialah paling hebat berbanding Adam yang dijadikan daripada tanah)

3. Sifat bakhil @ kedekut
   (jangan kedekut untuk bersedekah. Takkan habis duit/harta kita dengan bersedekah. Rezeki datangnya daripada Allah. Kita xkan ada duit/harta tu semua kalau Allah tak bagi. Tahu tak dengan bersedekah dapat menghapuskan dosa dan mengubati hati. Kerana orang yang menerima sedekah akan mendoakan kebaikan kepada orang yang memberi bantuan kepadanya. Best kan?)

4. Penyakit Was-was
   (Ini adalah gangguan daripada syaitan. Penawarnya ayat-ayat Al-Quran. Amalkan membaca 3 Qul dan yang terbaik ialah Surah Al-Falaq. InSyaAllah akan bebas daripada sifat was-was)




5. Prasangka buruk pada orang
   (Hati manusia ni kita takleh nak jangka. Just leave it to Allah. Doa Allah bagi kita, temukan kita dengan yang baik2 aje. Fikir2 banyak pun kadang buat kita letih kan? )

6. Suka mengumpat
   (No.. No.. No.. Ko ngumpat orang? ingat ko bagus sangat? maksum? ntah2 orang yg ko ngumpat tu pun lagi sakan ngumpat ko. Best tak rasanya orang meratah daging ko? Tanak kan? jangan buat kat orang okeh)

7. Suka membawa fitnah
  (Nauzubillah.. )

Untuk menggilap hati yang telah tertutup, amalkan zikir Nabi Yunus (Surah Al-Anbiya' Ayat 88) setiap hari sambil meletak tangan di dada

Sentiasalah redha dengan Qada' dan Qadar Allah agar tidak mencalarkan hati. Semua amalan kita bergantung kepada niat dari hati. Letakkan niat yang baik dan ikhlaskan semata-mata untuk Allah.

Perkara-perkara yang boleh menggilap hati:
- Solat
- Taubat
- Sabar
- Doa

Saya ringkaskan setakat ni dulu. InSyaAllah sy 'up' lagi peringatan2 lain.
Semoga beroleh manfaat. Ameen..

*Gambar diambil daripada Google. Kredit kepada tuan punya ilustrasi. 




No comments: